top of page

150,000 hektar sawah padi akan beri hasil menjelang 2030

  • Reqa Qreatif
  • Jan 30, 2024
  • 1 min read



Merasmikan SMART SBB Ala Sekinchan KADA di bendang Tok Ajam, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. Alhamdulillah, melalui Projek SMART SBB Ala Sekinchan, pengeluaran padi mampu ditingkatkan kepada tujuh tan setiap satu hektar dan ianya telah dibuktikan tahun lalu di Perlis dan Kedah dengan hasil 10.45 tan per hektar.


Kementerian menyasarkan sebanyak 150,000 hektar sawah padi di negara ini akan diusahakan menggunakan Smart SBB Ala Sekinchan menjelang 2030 dari keseluruhan keluasan tanaman padi yang dianggarkan seluruh negara seluas 600,000 hektar.


Smart SBB Ala Sekinchan adalah model baharu yang menerapkan amalan pertanian berhasil tinggi dengan mempraktikkan pengetahuan, sikap dan amalan yang telah dilancarkan pada Mei tahun lalu.


Matlamat Kementerian adalah untuk meningkatkan pendapatan pesawah dengan mengaplikasikan amalan penanaman padi terbaik dan hasil tanaman yang lebih tinggi menerusi pembangunan kawasan secara berkelompok. #keterjaminanmakanan #kpkm #matsabu

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page