top of page

Agenda kerajaan diteruskan demi kemakmuran dan kebajikan rakyat Malaysia.

  • Reqa Qreatif
  • Nov 29, 2024
  • 1 min read


Pagi ini Bang Mat hadir Mesyuarat Kabinet yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Putrajaya.


Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan dihadiri oleh semua anggota Jemaah Menteri. Pelbagai isu penting berkaitan dasar kerajaan, perkembangan ekonomi, serta kesejahteraan rakyat dibincangkan bagi memastikan keberkesanan pentadbiran negara.


Bang Mat menegaskan komitmen untuk terus memberikan sokongan dan memainkan peranan aktif dalam melaksanakan agenda kerajaan demi kemakmuran dan kebajikan rakyat Malaysia.


Kebersamaan ini mencerminkan keutuhan kerjasama dan kesungguhan kerajaan perpaduan dalam memenuhi amanah rakyat serta mencapai matlamat Malaysia Madani.


politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page