top of page

BEKALAN TELUR AYAM DALAM NEGARA KEKAL STABIL DAN MENCUKUPI

  • Reqa Qreatif
  • Mar 24
  • 1 min read

BEKALAN TELUR AYAM DALAM NEGARA KEKAL STABIL DAN MENCUKUPI

PUTRAJAYA, 22 MAC 2025 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ingin menjelaskan kekeliruan yang timbul daripada beberapa laporan media berkenaan kenaikan mendadak harga telur ayam di Amerika Syarikat serta dakwaan kemungkinan berlaku penyeludupan telur ayam ke luar negara. Sehubungan itu, KPKM ingin memberi jaminan bahawa bekalan telur ayam di Malaysia kekal mencukupi dan stabil bagi memenuhi permintaan domestik.


Kerjasama erat antara KPKM dan para pengeluar telur tempatan telah memastikan tahap pengeluaran telur harian berada pada paras yang stabil dan memuaskan. Bagi menjamin kestabilan bekalan, KPKM sentiasa melaksanakan pemantauan rapi ke atas rantaian pengeluaran dan pengedaran telur ayam dari peringkat ladang hingga ke pengguna akhir.


Langkah penguatkuasaan juga terus diperkukuh dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi dan Kementerian lain bagi memantau aktiviti pengeksportan bekalan makanan ke luar negara. Kerajaan Malaysia melalui KPKM kekal komited dalam memastikan keterjaminan makanan negara melalui dasar dan pelan tindakan strategik yang menyeluruh, termasuk usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran tempatan dan sokongan kepada industri agromakanan.


Justeru itu, rakyat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas dan sentiasa merujuk maklumat sahih melalui saluran rasmi KPKM. Kementerian akan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia mengambil tindakan segera sekiranya diperlukan demi memastikan kestabilan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan terjamin.-BEKALAN TELUR AYAM DALAM NEGARA KEKAL STABIL DAN MENCUKUPI


YB DATUK SERI MOHAMAD SABU

MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page