top of page

Beras Super Spesial Tempata 5% kekal RM2.60/kg

  • Reqa Qreatif
  • Aug 21, 2023
  • 1 min read

PUTRAJAYA, 23 JUN 2023 : Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin Ameer Ali Mydin dalam akhbar online Free Malaysia Today bertarikh 23 Jun 2023 mendakwa akan ada peningkatan harga lagi antara RM1 hingga RM2 untuk beras 10kg bulan depan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengambil tindakan segera bagi memastikan harga pasaran beras tempatan dalam negara sentiasa stabil dan terkawal dengan mengeluarkan surat arahan bertarikh 16 Jun 2023 berhubung penetapan harga kawalan maksima jualan beras tempatan di peringkat kilang dan borong. Melalui surat arahan tersebut, semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersil dan Lesen Borong Beras adalah dikehendaki mematuhi harga kawalan maksima yang ditetapkan berkuatkuasa 16 Jun 2023.

KPKM ingin menegaskan bahawa harga kawalan maksima beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5) di peringkat runcit adalah dikawal pada kadar RM2.60/kg seperti mana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

Beras putih import pula adalah beras yang tidak dikawal harganya oleh Kerajaan. Pada masa ini, harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kilogram. Ini merupakan paras harga pasaran yang normal bagi gred beras putih import, dan ianya bergantung kepada permintaan terhadap beras import.

Pada masa ini, harga pasaran beras dalam negara adalah stabil memandangkan harga jualan bagi 70% bekalan beras tempatan dalam negara adalah dikawal oleh Kerajaan. Pemantauan berterusan KPB juga dijalankan di peringkat runcit dan borong di seluruh negara bagi memastikan harga dan bekalan beras sentiasa stabil di pasaran negara.

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN 23 JUN 2023


politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page