top of page

Biasiswa MADANI Agrobank Buka Peluang Pendidikan kepada Anak-anak Luar Bandar Cemerlang

  • Reqa Qreatif
  • 1 day ago
  • 1 min read


Bang Mat berasa amat berbesar hati kerana dapat menyampaikan Biasiswa MADANI Agrobank kepada 10 orang pelajar cemerlang daripada keluarga petani, pesawah dan nelayan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur semalam.


Dengan jumlah keseluruhan bernilai RM416,500, biasiswa ini merupakan satu bentuk pelaburan strategik dalam membina masa depan negara. Anak-anak petani, pesawah dan nelayan bukanlah golongan yang harus dipinggirkan. Mereka adalah aset penting kepada kelestarian makanan dan kekuatan ekonomi luar bandar. Dengan sokongan dan dorongan yang betul, mereka mampu menjadi peneraju dalam bidang pertanian moden yang lebih lestari, inovatif dan berdaya saing.


Bang Mat ingin merakamkan penghargaan kepada Agrobank atas komitmen dan inisiatif murni ini. Semoga biasiswa ini menjadi permulaan kepada lebih banyak peluang pendidikan dan pembangunan insan yang inklusif di masa akan datang.


Tahniah kepada semua penerima. Semoga kalian terus melakar kejayaan dan suatu hari nanti kembali menyumbang kepada komuniti serta negara tercinta.-Biasiswa MADANI Agrobank Buka Peluang Pendidikan kepada Anak-anak Luar Bandar Ce

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page