top of page

Dari Malaysia Untuk Palestin: Seruan Bangkit Lawan Kezaliman Zionis Israel

  • Reqa Qreatif
  • Mar 21
  • 1 min read

Dari Malaysia Untuk Palestin: Seruan Bangkit Lawan Kezaliman Zionis Israel

KENYATAAN SEGERA


PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA


“Sampai Bila Negara Arab Nak Jadi Pak Turut?”


Nampaknya, kita semua dah boleh hafal skrip drama kezaliman Zionis Israel. Tiap kali ada pembunuhan beramai-ramai di Palestin, kita buat siaran ulang tayang—kutuk, kecam, bantah, dan habis di situ. Esok lusa, kita buat benda sama lagi.


Masalahnya, bukan Zionis Israel yang perlu kita ingatkan tentang kezaliman mereka. Kejahatan mereka sudah termaktub dalam Al-Quran sejak dulu. Yang pelik, negara-negara Arab—yang kononnya saudara se-Islam—terus duduk diam membatu. Mereka lebih sibuk menjaga hati Amerika dan kuncu-kuncunya daripada menjaga nyawa rakyat Palestin. Ada duit minyak berbillion-billion, tapi nak keluarkan sepatah dua kata pun susah.


Tengok Afrika Selatan—negara bukan Islam, tapi lebih berani daripada semua negara Arab yang kaya-raya itu. Mereka halau duta Israel, mereka bawa kes ke mahkamah antarabangsa, mereka tak takut pun pada tekanan sekutu Israel. Ini baru negara yang ada prinsip!



Tapi kita? Kita terus berharap pada Hamas, Hizbullah, dan Jihad Islami untuk lawan Israel. Kita harap pada Iran dan Yaman—negara yang disekat ekonominya—untuk buat kerja berat. Negara-negara Arab yang kononnya kuat? Mereka jadi pemerhati sambil hisap shisha.


Cukuplah jadi penonton! Pada 28/3/2025 ini, hari Jumaat, mari kita tunjukkan solidariti kita. Berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat dan bergerak ke Kedutaan Amerika. Biar dunia tahu, rakyat Malaysia tidak duduk diam!


Kita bukan sekadar mengecam Zionis Israel. Kita juga nak nyatakan kekecewaan dan marah kepada negara-negara Arab yang membiarkan penduduk Palestine yang terdiri daripada pelbagai agama terus ditindas. Sampai bila negara Arab nak jadi pak turut kepada Amerika? Sampai bila mereka nak takut pada bayang-bayang sendiri?-Dari Malaysia Untuk Palestin: Seruan Bangkit Lawan Kezaliman Zionis Israel


Jom tunjukkan kita ada maruah!



politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page