top of page

Dua strategi kerajaan untuk mengurangkan import bawang

  • Reqa Qreatif
  • Feb 28, 2024
  • 1 min read


Strategi Kementerian dalam memenuhi matlamat untuk mengurangkan import bawang dilaksanakan melalui program pembangunan tanaman bawang yang melibatkan dua (2) fasa iaitu:


1. Fasa pra-komersial dan

2. Fasa komersial.


-------------------


1. Fasa Pra-Komersial


Fasa pra-komersial bertujuan untuk melihat potensi penanaman bawang kecil di Malaysia. Ia melibatkan tempoh pelaksanaan selama dua (2) tahun bermula tahun 2024 sehingga 2025. Sebanyak 70 tan metrik benih bebawang kecil dan 230 kg biji benih bawang kecil akan dibekalkan oleh pihak MARDI dalam fasa ini.


Manakala, bagi program penanaman, seluas 100 hektar kawasan penanaman bawang akan dibangunkan iaitu 50 hektar pada tahun 2024 dan 50 hektar pada tahun 2025 dengan jangkaan hasil pengeluaran sebanyak 5 tan metrik per hektar. Penanaman bawang ini boleh dilaksanakan sebanyak dua (2) kali setahun. Dijangkakan pengeluaran bawang bagi fasa ini adalah sebanyak 1,000 tan metrik.


2. Fasa Komersial


Tempoh pelaksanaan bagi fasa komersial adalah selama lima (5) tahun iaitu bermula pada tahun 2026 sehingga 2030. Dalam tempoh ini, seluas 1,347 hektar kawasan penanaman bawang akan dibangunkan dengan jangkaan hasil pengeluaran sebanyak 14,470 tan metrik.

Ini akan dapat memenuhi keperluan tempatan sebanyak 30 peratus pada tahun 2030.


Pada masa ini, penanaman bawang kecil telah dimulakan di kawasan Pertubuhan Peladang di Negeri Perlis dan Selangor seluas 1.2 hektar dan di Ladang Bikam, Perak seluas 1 hektar. Penuaian pertama adalah dijangka pada bulan April 2024.

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page