"Elak Beli Beras Secara Berlebihan"
- Reqa Qreatif
- Sep 21, 2023
- 1 min read
Bersiaran langsung di segmen Assalamualaikum TV ALHIJRAH, pagi tadi atas tajuk "Beras Oh Beras, Apa Yang Perlu Dibuat?".
Dalam temu bual tadi saya mengingatkan kepada rakyat agar elakkan dari membeli Beras Putih Tempatan (BPT) secara berlebihan. Belilah mengikut keperluan dan Insya Allah bekalan BPT mencukupi untuk semua.
Saya juga ingin menggesa kepada seluruh rakyat untuk bersama-sama dengan saya menangani isu ini dengan melaporkan kepada pejabat saya dengan segera sekiranya ada apa-apa isu berkaitan gangguan bekalan beras di tempat masing-masing.