top of page

Gaza dan Tebing Barat: Keperluan Tindakan Serius dalam Menangani Pengaruh Amerika

  • Reqa Qreatif
  • Feb 6
  • 1 min read

Gaza dan Tebing Barat: Keperluan Tindakan Serius dalam Menangani Pengaruh Amerika

GAZA MILIK AMERIKA, TEBING BARAT PUN TAK LAMA LAGI

Amerika Syarikat patut diberi Gaza. Kenapa? Sebab mereka dah banyak berbelanja untuk “mengusir” penduduk Gaza. Bukan murah nak lancarkan serangan, bekalkan senjata, buat propaganda sana sini. Itu semua perlukan duit. Dan duit mereka yang keluar. Jadi, adil kalau mereka dapat hasilnya, bukan?


Negara-negara Arab dan umat Islam? Sibuk buat sidang, keluar resolusi, kecam sana, kutuk sini. Tapi yang bergerak dan bertindak siapa? Amerika. Mereka keluarkan duit, mereka buat kerja, mereka dapat hasil. Mudah saja logiknya.


Tebing Barat pun dalam proses. Amerika tengah berbelanja besar untuk “mengamankan” kawasan itu. Jadi, kalau satu hari nanti Tebing Barat pun jatuh ke tangan mereka, jangan terkejut. Sebab kalau kita tak buat apa-apa untuk pertahankan sesuatu, jangan hairan kalau orang lain ambil alih.


Mahu Gaza bebas? Mahu Tebing Barat kekal milik Palestin? Buatlah sesuatu. Bukan sekadar buat bising dan buat konsert.


Hey Negara Arab dan umat Islam, bila lagi nak sedar?-Gaza dan Tebing Barat: Keperluan Tindakan Serius dalam Menangani Pengaruh Amerika

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page