Insiden Putra Heights: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja Tampil Bantu Mangsa
- Reqa Qreatif
- Apr 7
- 1 min read
Bang Mat berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra Height. Selesai solat, Bang Mat meluangkan masa beramah mesra bersama para jemaah dan masyarakat setempat.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar semua mangsa insiden kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Putra Heights dilindungi dan segala urusan mereka dipermudahkan.
Bagi membantu meringankan sedikit bebanan, bil utiliti Masjid Putra Height untuk bulan April ini akan ditanggung oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja. Insya-Allah bantuan lain akan diumumkan oleh Menteri Besar dan Bang Mat berharap semua mangsa bersabar.
Bang Mat menyeru kepada semua supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan aspek keselamatan dalam apa jua keadaan.-Insiden Putra Heights: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja Tampil Bantu Mang