top of page

Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Ke-15: Titah Diraja Gariskan Agenda Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat

  • Reqa Qreatif
  • Feb 4
  • 1 min read


Menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Kelima Belas yang berlangsung di Parlimen pagi ini. Istiadat pembukaan ini menandakan bermulanya sesi baharu persidangan Parlimen yang akan membincangkan pelbagai dasar serta agenda pembangunan negara.-Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Ke-15


KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut menitahkan supaya kerajaan terus membawa masuk pelabur untuk merancakkan lagi ekonomi negara supaya dapat dimanfaatkan oleh rakyat jelata.


Tuanku turut menitahkan supaya pihak kerajaan terus membantu pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan serta proaktif dalam memperkasakan sektor Pertanian, komoditi dan rangkaian bekalan makanan.


Semoga segala perbahasan dan dasar yang akan dibincangkan di Parlimen dalam penggal ini akan memberi manfaat kepada rakyat serta memperkukuhkan kemajuan negara.

Dirgahayu Tuanku.-Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Ke-15


politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page