Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan: Memperkukuh Ukhuwah, Menyantuni yang Memerlukan
- Reqa Qreatif
- Apr 3
- 1 min read
Bang Mat hadir dalam Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan semalam bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Bank Simpanan Nasional (BSN), Paynet, dan Nasyrul Quran.
Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini melalui pelbagai aktiviti dalam menyantuni mereka yang memerlukan. Sepanjang program ini, 10 buah masjid dan rumah anak yatim di sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya telah diziarahi.
Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk turut serta menyebarkan kebaikan. Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga peluang untuk memperkukuhkan ukhuwah serta membantu mereka yang memerlukan.-Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan: Memperkukuh Ukhuwah Menyantuni yang Memerlukan