Keakraban & Perpaduan Diperkukuh Melalui Moreh di Kampung Labok, Machang
- Reqa Qreatif
- Mar 14
- 1 min read
Bang Mat berkesempatan beramah mesra bersama penduduk Kampung Labok, Machang sambil menikmati moreh colek. Suasana yang penuh keakraban ini mencerminkan semangat kejiranan dan kerjasama erat dalam kalangan penduduk kampung.
Bang Mat amat menghargai sokongan dan sambutan mesra daripada semua yang hadir. Program seperti ini bukan sekadar menikmati moreh colek, tetapi turut menjadi platform penting untuk kita berbincang dan berkongsi pandangan mengenai masa depan yang lebih baik, bukan sahaja untuk Kampung Labok tetapi juga untuk negeri Kelantan secara keseluruhannya.
Semoga majlis seumpama ini dapat terus mengeratkan ukhuwah dan memperkukuhkan perpaduan antara kita.-Keakraban & Perpaduan Diperkukuh Melalui Moreh di Kampung Labok,Machang