Kerajaan komited memperjuangkan isu kekejaman terhadap haiwan
- Reqa Qreatif
- Nov 13, 2024
- 1 min read
Pagi ini, saya telah mewakilkan Setiausaha Politik saya, Hj Yuhaizad Abdullah, untuk menerima memorandum daripada 34 NGO Pencinta Haiwan yang prihatin terhadap isu kekejaman terhadap haiwan terbiar. Memorandum tersebut mengandungi beberapa tuntutan dan cadangan untuk memperbaiki keadaan semasa, termasuk reformasi Akta Kebajikan Haiwan 2016.
Saya telah membaca memorandum ini dengan teliti dan amat menghargai usaha semua pihak yang terlibat. Pada hemat saya, tindakan kejam terhadap haiwan adalah sesuatu yang bertentangan dengan fitrah manusia dan nilai kemanusiaan. Kita sebagai masyarakat bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi semua makhluk hidup.
Terima kasih kepada semua NGO yang terlibat dalam usaha murni ini. Saya akan meneliti setiap cadangan yang dikemukakan dan komited untuk memperjuangkan isu ini demi kesejahteraan haiwan dan masyarakat kita. #matsabu #kpkm #keterjaminanmakanan