Kerajaan Menyokong Sebarang Usaha Memperkasakan Sektor Pertanian Melalui Pengaplikasian Teknologi
- Reqa Qreatif
- Sep 26, 2023
- 1 min read
Pagi ini saya hadir ke Persidangan Tahunan Persatuan Kebangsaan Bagi Pengairan & Saliran Malaysia (MANCID) di Dewan Serbaguna, Wisma Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Kementerian komited memperkasakan sektor pertanian negara dan sentiasa mencari idea baharu seiring dengan pengaplikasian teknologi dalam pertanian. Kemudahan seperti infrastruktur pengairan dan pengurusan air yang lebih sistematik perlu supaya ianya boleh digunakan secara menyeluruh dan memberi manfaat kepada pertanian negara.
Saya berharap agar persidangan ini dapat mencapai objektif serta perkongsian idea dari semua ahli panel yang hadir pada persidangan ini dapat diterjemahkan dan diaplikasi bukan sahaja di pihak kerajaan, tetapi juga kepada pihak swasta, NGO dan pihak akademik untuk sama-sama mengembeling usaha semua ke arah pembangunan mampan serta menjamin sekuriti makanan negara.