top of page

Kerajaan Umum Langkah Proaktif: Harga Beras Kekal, Pendapatan Pesawah Diperkasa

  • Reqa Qreatif
  • Feb 14
  • 1 min read


Bang Mat hadir dalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen bagi memberi penerangan berkaitan situasi semasa industri padi dan beras negara serta menyampaikan dua berita gembira kepada rakyat Malaysia.


Pertama, harga Beras Putih Tempatan (BPT) akan terus kekal pada kadar RM2.60 sekilogram. Bagi memastikan bekalan beras tempatan kembali ada di pasaran, kerajaan akan mengambil langkah proaktif dengan menyerap kos pengeluaran sebanyak RM150 juta dalam tempoh enam bulan. Langkah ini akan memastikan 24 juta kampit Beras Putih Tempatan bersaiz 10kg dapat disalurkan ke pasaran dengan segera, sekali gus meringankan beban pengguna.


Kedua, bagi menyokong dan memperkasakan komuniti pesawah negara, kerajaan telah menetapkan penyelarasan harga lantai belian padi kepada RM1,500 per tan metrik, berkuat kuasa mulai 16 Februari 2025. Keputusan ini diambil bagi menjamin pendapatan pesawah yang lebih stabil dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran kos pengeluaran yang meningkat.


Langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memastikan bekalan makanan negara terjamin serta kebajikan rakyat dan pesawah terus terpelihara.


Kerajaan komited dalam memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.-Kerajaan Umum Langkah Proaktif: Harga Beras Kekal, Pendapatan Pesawah Diperkasa

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page