Kerjasama Malaysia dan Republik Tatarstan bawa potensi kepada keterjaminan makanan negara
- Reqa Qreatif
- Sep 21, 2023
- 1 min read
Menerima kunjungan hormat dari Tuan Yang Terutama Marat Zyabbarov, Menteri Pertanian dan Makanan, Republik Tatarstan dan delegasi di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.
Saya optimis bahawa wujud potensi yang cukup besar dalam bidang perdagangan produk pertanian antara Malaysia dan Rusia khususnya dengan Republik Tatarstan.
Malaysia sememangnya berharap untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian dengan Republik Tatarstan dan Rusia, terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang akuakultur dan perikanan serta teknologi pertanian pintar.
Kerjasama antara Malaysia dengan Republik Tatarstan dan Rusia ini dapat meningkatkan lagi sekuriti makanan kedua-dua negara.
Pada malam ini, saya dan Timbalan Menteri YB Chan Foong Hin 陈泓缣 turut meraikan Tuan Yang Terutama Marat Zyabbarov dan delegasi dengan menjemput mereka ke majlis makan malam bersama dengan para pegawai kementerian.