Kg Londah Jelapang Padi Negeri Sembilan: Teknologi & Sokongan Kerajaan Perkukuh Hasil Pertanian
- Reqa Qreatif
- Feb 26
- 1 min read
Bang Mat telah mengadakan lawatan ke Jelapang Padi Kg Londah, Negeri Sembilan. Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan proses penanaman padi yang sedang giat dijalankan di kawasan tersebut.
Bang Mat lihat sebahagian pesawah telah menggunakan jentanam bagi meningkatkan kecekapan dan hasil tanaman, seiring dengan usaha kerajaan untuk memperkasa sektor pertanian. Bang Mat juga turut meluangkan masa berbincang dengan para pesawah mengenai kaedah serta amalan pertanian terbaik yang boleh membantu meningkatkan hasil tanaman.
Bang Mat yakin bahawa dengan penjagaan yang rapi, penggunaan teknologi moden, dan sokongan berterusan daripada kerajaan, hasil tuaian pada musim ini akan mencapai tahap yang lebih memuaskan, insya-Allah. Kerajaan juga komited dalam memastikan para pesawah mendapat bantuan yang diperlukan bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil pertanian mereka.-Kg Londah Jelapang Padi Negeri Sembilan: Teknologi & Sokongan Kerajaan Perkukuh