top of page

Klinik Doktor Pokok : Suatu langkah proaktif Jabatan Pertanian

  • Reqa Qreatif
  • Apr 30, 2024
  • 1 min read




Merasmikan Simposium Pengembangan Jabatan Pertanian Tahun 2024 di KSL Esplanade Hotel, Klang, Selangor.

Simposium Pengembangan Subsektor Tanaman hari ini merupakan salah satu platform untuk memacu transformasi sektor agromakanan ke arah pembudayaan inovatif terutamanya bagi memperkasakan sistem pengembangan pertanian dalam subsektor tanaman makanan.


Saya ingin umumkan bahawa inovasi Jabatan Pertanian iaitu Sistem GeoTanaman telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Kategori e-agriculture dalam World Summit Information Society (WSIS) Prizes 2024 yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Saya juga amat berbesar hati hari ini kerana diberi peluang untuk melancarkan Klinik Doktor Pokok, iaitu perkhidmatan pengembangan bergerak. Inisiatif ini merupakan langkah proaktif pihak Jabatan Pertanian untuk memperkasakan sistem pengembangan berasaskan khidmat nasihat dan rundingan secara terus kepada kumpulan sasar dan komuniti.


Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Jabatan Pertanian.

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page