top of page

Komitmen Kerajaan dalam Memperkasa Pesawah dan Meningkatkan Kemajuan Sektor Pertanian

  • Reqa Qreatif
  • Feb 27
  • 1 min read


Selepas melawat bendang di Pendang, Bang Mat terus ke Sungai Baru, Alor Setar, untuk bersarapan pulut ikan kering bersama para pesawah. Ramai dalam kalangan pesawah yang hadir merupakan kenalan rapat yang telah lama bersama Bang Mat sejak dahulu lagi.


Dalam sesi sembang santai, Bang Mat mendengar sendiri keluhan, cadangan, serta isu-isu yang dibangkitkan oleh para pesawah. Setiap pandangan yang dikemukakan telah dicatat dengan teliti untuk tindakan lanjut.


Insya-Allah, kerajaan akan terus komited dalam memperkasa sektor pertanian, khususnya dalam membantu para pesawah meningkatkan hasil serta taraf hidup mereka. Usaha penambahbaikan akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan semua.-Komitmen Kerajaan dalam Memperkasa Pesawah dan Meningkatkan Kemajuan Sektor Pert

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page