KPKM Inc Kelantan Anjur Majlis Iftar Bersama Asnaf & Anak Yatim bagi Menyemai Semangat Kebersamaan
- Reqa Qreatif
- Mar 14
- 1 min read
Bang Mat menghadiri Majlis Iftar bersama warga KPKM Inc Negeri Kelantan Dan Santuni Dhuafat @ KADA bagi menyantuni golongan asnaf serta anak-anak yatim dalam program yang berlangsung di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.
Majlis ini bertujuan untuk meraikan golongan kurang berkemampuan sambil menyemai semangat kebersamaan menjelang Aidilfitri. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang, bagi berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Buat seluruh kakitangan KPKM, kita mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan bekalan makanan yang diperlukan oleh rakyat di negara ini mencukupi terutama di musim perayaan. Ini selaras dengan tema tahun ini, "Memacu Reformasi, Mengukuh Keterjaminan Makanan Negara".
Bang Mat yakin bahawa usaha membina ekosistem pertanian yang mampan dan berdaya saing dapat dicapai melalui kerjasama strategik serta penglibatan semua pihak.-KPKM Inc Kelantan Anjur Majlis Iftar Bersama Asnaf & Anak Yatim bagi Menyemai Se