Lawatan ke Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali
- Reqa Qreatif
- Aug 21, 2023
- 1 min read
Syukur kepada Allah SWT, dalam lawatan kerja saya ke Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali, Kelantan tempoh hari, saya sempat untuk memberikan dua khabar gembira kepada nelayan-nelayan di sini.
1. Peruntukan sebanyak RM600,000.00 telah diluluskan bagi pembinaan 3 lokasi unjam di Negeri Kelantan iaitu di bawah PNK Tumpat, Bachok dan Kota Bharu yang akan memberi manfaat kepada 3785 nelayan.
2. Sebuah projek naik taraf dan baik pulih infrastruktur jeti di Kuala Kemasin, Kelantan telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM200,000.00 dan akan memberi manfaat kepada 150 nelayan dan 80 buah bot.
Semoga segala usaha dari pihak kerajaan ini dapat membantu meningkatkan hasil tangkapan dan produktiviti nelayan-nelayan di sini.