top of page

Lawatan Kerja ke Pulau Payar: Memperkasa Pemuliharaan Terumbu Karang & Ekosistem Marin

  • Reqa Qreatif
  • Feb 10
  • 1 min read


Bang Mat mengadakan lawatan kerja ke Pulau Payar bagi meninjau status terkini pemuliharaan terumbu karang serta perkembangan aktiviti pemuliharaan dan konservasi marin di kawasan Taman Laut.


Alhamdulillah aktiviti pemuliharaan dan restorasi karang kini kembali berjalan setelah dihentikan sementara sejak 2 Julai 2024 berikutan fenomena kelunturan karang yang melanda perairan negara.


Bang Mat juga menyaksikan program penanaman 300 terumbu karang di Pusat Taman Laut Pulau Payar. Upacara ini menandakan permulaan bagi menggiatkan semula aktiviti restorasi karang di kawasan Taman Laut selepas dihentikan sementara.


Bang Mat turut melepaskan benih gamat sebanyak 120 ekor sebagai sebahagian daripada langkah pemuliharaan spesies marin berharga ini. Benih gamat yang dilepaskan terdiri daripada spesies Stichopus sp. atau lebih dikenali sebagai gamat emas, yang berusia 120 hari dengan berat antara 3-10 gram dan panjang 2-10 cm.


Kerajaan sentiasa komited memastikan kelestarian ekosistem marin dan pemuliharaan biodiversiti di perairan negara, khususnya di kawasan Taman Laut. Jabatan Perikanan Malaysia akan terus memainkan peranan utama dalam memantau dan mengawal selia aktiviti pemuliharaan dan restorasi terumbu karang bagi menjamin keseimbangan ekosistem laut negara.-Lawatan Kerja ke Pulau Payar: Memperkasa Pemuliharaan Terumbu Karang & Ekosistem

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page