Lawatan Rasmi ke Rom,Itali untuk acara ''Malaysia Agrofood Products''
- Reqa Qreatif
- Aug 21, 2023
- 1 min read
Rom, 4 Julai 2023: YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), dalam lawatan rasmi tiga hari ke Rom, Itali telah mengadakan acara “Malaysia Agrofood Products” dan menghadiri majlis makan malam bersama warga Malaysia di sini malam ini.
Dalam acara yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, ia merupakan acara yang sangat baik untuk mempamerkan buah-buahan terbaik dari Malaysia seterusnya mempromosikan buah-buahan eksotik kepada perwakilan asing di Rom, Datuk Seri turut menyampaikan mandat serta menyertai sesi dialog yang turut diadakan. Bercakap kepada rakyat Malaysia dan hadirin yang hadir, YB Menteri, memberikan pandangan mengenai pengeksportan buah tropika premium Malaysia yang menjadi trend terkini di negara Eropah. Beliau menegaskan buah-buahan tropika seperti belimbing, markisa dan nangka mempunyai potensi yang sangat besar untuk dieksport ke pasaran Eropah. Selain itu, program ini juga akan menjadi platform untuk mempromosikan makanan sedia dimakan dan makanan yang sudah diproses dari Malaysia.
“Kementerian sentiasa berusaha untuk meneroka pasaran antarabangsa lain untuk produk baharu. Ini melibatkan risikan pasaran dan penyelidikan kos untuk memastikan eksport produk pertanian dari Malaysia lebih berdaya maju,” katanya.
Disediakan oleh: Pejabat Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia
