Majlis Berbuka Puasa Madani: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Perpaduan di Tampin
- Reqa Qreatif
- Mar 17
- 1 min read
Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani yang berlangsung di Tampin, Negeri Sembilan. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, serta Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Aminuddin Harun.
Majlis ini bukan sahaja menyemarakkan semangat Ramadan, malah menjadi wadah berharga bagi para pemimpin dan masyarakat setempat untuk beramah mesra serta memperkukuh jalinan silaturahim. Semoga nilai kesejahteraan dan kemakmuran yang diraih bersama terus memupuk perpaduan dan keharmonian dalam komuniti kita.-Majlis Berbuka Puasa Madani: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Perpaduan di Tampin