top of page

Majlis Iftar MADA Kukuhkan Silaturahim, Perkasa Sektor Pertanian dan Jamin Kestabilan Bekalan Makanan Negara

  • Reqa Qreatif
  • Mar 26
  • 1 min read


Bang Mat hadir dalam Majlis Iftar MADA yang berlangsung di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar. Majlis ini bertujuan mengukuhkan silaturahim antara warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memperkasa pembangunan sektor pertanian negara.


Sebagai salah satu tunjang utama ekonomi negara, sektor pertanian memerlukan kerjasama erat semua pihak dalam membangunkan industri agro-makanan. Warga KPKM memikul tanggungjawab besar dalam memastikan bekalan makanan rakyat sentiasa mencukupi dan mudah diakses, terutamanya pada musim perayaan. Komitmen bersama ini perlu dijayakan oleh seluruh rantaian nilai pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan makanan negara.


Bang Mat juga menyeru semua pihak agar sentiasa bersyukur atas rezeki yang dikurniakan, mengamalkan sikap berjimat cermat, serta menghindari pembaziran sepanjang bulan Ramadan mahupun semasa menyambut Aidilfitri nanti.-Majlis Iftar MADA Kukuhkan Silaturahim, Perkasa Sektor Pertanian dan Jamin Kestabilan Bekalan Makanan Negara

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page