top of page

Majlis Iftar MAPIM: Platform Ukhuwah & Solidariti Umat Islam Demi Perjuangan Palestin

  • Reqa Qreatif
  • Mar 19
  • 1 min read


Bang Mat berpeluang menghadiri Majlis Iftar anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin. Majlis yang penuh bermakna ini berlangsung di Bangunan Lembaga Getah Malaysia, dan turut dihadiri oleh delegasi Muslim Cina dari China.


Tahniah diucapkan kepada MAPIM atas usaha gigih dan berterusan dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta mengumpul sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat demi kemerdekaan Palestin.


Majlis Iftar ini bukan sekadar acara berbuka puasa, tetapi juga merupakan platform penting dalam memperkukuhkan ukhuwah dan persaudaraan antara umat Islam dari pelbagai negara. Ia juga medan untuk kita menzahirkan solidariti yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.


Bang Mat menyeru umat Islam agar terus berdoa dan memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Dengan keyakinan yang teguh, Bang Mat yakin bahawa kemerdekaan Palestin pasti akan tercapai suatu hari nanti dengan sokongan padu masyarakat antarabangsa terutamanya dari Eropah.-Majlis Iftar MAPIM: Platform Ukhuwah & Solidariti Umat Islam Demi Perjuangan Palestin

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page