top of page

Malaysia Bersolidariti: Himpunan Hari Al-Quds Sedunia Demi Palestin

  • Reqa Qreatif
  • Apr 3
  • 1 min read


Pada 29 Februari 2025, Bang Mat menghadiri Himpunan Hari Al-Quds Sedunia yang diadakan di hadapan Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur, sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.


Bang Mat menegaskan bahawa Malaysia mesti terus berpegang teguh pada pendirian menyokong pembebasan Palestin serta menentang segala bentuk kezaliman dan penindasan terhadap rakyatnya.


Tindakan bersepadu di peringkat antarabangsa perlu segera digerakkan bagi menghentikan kekejaman rejim Zionis serta memastikan hak rakyat Palestin dikembalikan.


Malaysia akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan kebebasan, keadilan, dan hak mutlak ke atas tanah air mereka.-Malaysia Bersolidariti: Himpunan Hari Al-Quds Sedunia Demi Palestin


Allahu Akhbar!

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page