top of page

Malaysia dan Kemboja Perkukuh Hubungan Dua Hala dalam Sektor Pertanian & Perikanan

  • Reqa Qreatif
  • Feb 26
  • 1 min read


Bang Mat mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Dith Tina, Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja. Hubungan diplomatik antara negara Malaysia dan Kemboja telah bermula sejak 31 Ogos 1957 menjadikan hubungan dua negara istimewa.


Di dalam pertemuan tadi beberapa hal melibatkan hubungan dua negara khususnya berkaitan pertanian dibincangkan. Kemboja merupakan pengeluar beras wangi antara yang terbaik di dunia dan sepanjang tahun 2024 Malaysia telah mengimport lebih 50 ribu tan metrik beras dari negara ini.


Bang Mat juga telah mengutarakan minat Malaysia untuk berkongsi pengalaman dengan Kemboja di dalam penternakan ikan haruan di dalam skala industri. Di pihak Malaysia, Jabatan Perikanan (DOF) menawarkan kursus perikanan di beberapa pusat latihan khususnya berkenaan teknologi hiliran dan penternakan udang.


Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga akan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Kemboja (CARDI) bagi membangunkan kerjasama di dalam beberapa bidang di dalam masa terdekat.


Sebagai Pengerusi ASEAN, Bang Mat juga mengajak Kemboja untuk bekerjasama dengan negara anggota lain bagi memacu agenda bersama bertemakan " Inclusivity and Sustainability".


Di akhir pertemuan kami, Malaysia dan Kemboja memberikan komitmen untuk terus meningkatkan hubungan dan meneroka peluang baharu khususnya di dalam bidang pertanian.-Malaysia dan Kemboja Perkukuh Hubungan Dua Hala dalam Sektor Pertanian & Perikan

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page