top of page

Malaysia tandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam Kerjasama Pertanian

  • Reqa Qreatif
  • Aug 21, 2023
  • 1 min read

Budapest, Hungary, 6 Julai 2023 - YB Datuk Seri Haji Mohammad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam Kerjasama Pertanian dengan rakan sejawatannya dari Hungary, Tuan Yang Terutama Dr Istvan Nagy, Menteri Pertanian Hungary, dalam usaha bersepadu untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama dalam bidang pertanian.


Kedua-dua menteri mengadakan perbincangan mengenai cadangan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian, khususnya akses pasaran, pertanian moden dan penyelidikan untuk manfaat bersama. YB Mohamad dalam kenyataannya berkata, “MOU ini akan menjadi peluang untuk meneroka pasaran baharu bagi produk pertanian Malaysia seterusnya meningkatkan keseimbangan perdagangan pertanian antara kedua-dua negara.”

TYT Nagy dalam kenyataannya turut menyebut kepentingan mengukuhkan kerjasama politik antara kedua-dua negara bagi mencipta lebih banyak peluang dan menjadikan MOU ini sebagai suatu kelebihan untuk lebih berdaya saing.


Beliau juga menambah Hungary bersedia untuk meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan benih dan agro-genetik, pertanian pintar dan pendigitalan yang ditekankan dalam pertanian untuk membantu menangani cabaran dalam produktiviti, kemampanan dan perubahan iklim. Dr Nagy juga menawarkan Malaysia peluang menjadikan Hungary sebagai pintu masuk kepada keluaran pertanian dari Malaysia ke EU.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan JUMAAT, 7 Julai 2023



politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page