top of page

MARDI Corp Anjur Rumah Terbuka: Fokus Kepada Perpaduan & Jaminan Makanan Negara

  • Reqa Qreatif
  • Apr 8
  • 1 min read


Hari ini Bang Mat berkesempatan hadir ke Rumah Terbuka Segar Syawal anjuran MARDI Corp. Alhamdulillah, suasana cukup meriah, penuh dengan kemesraan dan juadah yang menyelerakan. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir.


Bang Mat rakamkan penghargaan kepada MARDI Corp atas inisiatif menganjurkan rumah terbuka hari ini. Bukan sekadar makan-makan, tapi inilah ruang kita untuk eratkan lagi silaturrahim, bertukar pandangan dan kukuhkan kerjasama antara warga industri, swasta dan kerajaan. Kerjasama ini penting, terutamanya dalam usaha kita mahu memastikan makanan negara sentiasa cukup, segar dan berkualiti.


Cuma satu pesan Bang Mat, biarlah sederhana dalam apa jua majlis yang kita anjurkan. Elakkan pembaziran. Raya ini bukan sekadar tentang makanan, tetapi tentang berkat rezeki dan nilai kemasyarakatan yang kita pupuk bersama.


Semoga Syawal kali ini membawa lebih banyak kebaikan dan kekuatan untuk kita terus maju ke hadapan.-MARDI Corp Anjur Rumah Terbuka: Fokus Kepada Perpaduan & Jaminan Makanan Negara

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page