top of page

Kerajaan sentiasa terbuka untuk mendengar dan mengusahakan inisiatif bagi membantu wanita dalam pembangunan dan sektor pertanian

  • Reqa Qreatif
  • Jan 23
  • 1 min read



Menerima kunjungan hormat daripada Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Bagan Datuk di Wisma Tani, Putrajaya.


Pelbagai isu berkaitan pembangunan wanita, keterlibatan wanita dalam sektor pertanian, serta usaha memperkasakan ekonomi komuniti luar bandar dibincangkan dalam pertemuan hari ini.


Keterlibatan wanita dalam pertanian bukan sahaja memberi impak kepada keluarga tetapi juga mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhannya. Pihak kerajaan sentiasa terbuka untuk mendengar dan mengusahakan inisiatif yang dapat membantu wanita melalui program-program pembangunan termasuk dalam sektor pertanian.


Insya-Allah, Bang Mat yakin AWAN dapat memainkan peranan membantu para wanita memperkasakan ekonomi seterusnya menjadi ejen perubahan di peringkat akar umbi.

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page