Menteri Jawab Punca Kekurangan Beras Putih Tempatan
- Reqa Qreatif
- Nov 29, 2023
- 1 min read
Selesai menjawab soalan dari Datuk Haji Aziz bin Ariffin pada Persidangan Dewan Negara hari ini yang meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan punca-punca utama berlakunya masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan sejak September lepas.
Beliau turut mengajukan soalan berkaitan dengan langkah-langkah mitigasi dan intervensi yang telah dan akan dilakukan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah tersebut.
Antara punca kekurangan bekalan beras putih tempatan adalah kesan langsung dari kenaikkan harga pasaran beras putih import. Harga pasaran beras putih import telah meningkat sehingga 60% pada akhir Ogos 2023. 19 negara turut membataskan eksport beras putih mereka dan ia memberikan kesan kepada harga beras putih global.
Kementerian telah mengambil langkah drastik untuk meluaskan projek SMART SBB Ala Sekinchan ke seluruh negara bagi menjamin penghasilan beras untuk kegunaan rakyat dalam negara dan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengenalpasti tanah-tanah yang boleh dimajukan pada masa hadapan.