Mesyuarat Jemaah Menteri: Komitmen Kerajaan Tangani Isu Rakyat dan Perkukuh Ekonomi Negara
- Reqa Qreatif
- Jan 24
- 1 min read
Menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Mesyuarat menyentuh usaha kerajaan dalam menangani isu-isu domestik yang mendesak, termasuk inisiatif bagi membantu golongan B40, memperkasa sektor pertanian untuk jaminan makanan, dan memperkukuh ekonomi negara dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.
Kerajaan komited untuk memastikan segala keputusan yang diambil memberi manfaat kepada rakyat serta memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus mendukung aspirasi kerajaan untuk membina negara yang sejahtera, inklusif, dan maju.