Mesyuarat Jemaah Menteri: Komitmen Kestabilan Bekalan Makanan, Galak Belia Ceburi Pertanian
- Reqa Qreatif
- Mar 26
- 1 min read
Pagi ini, Bang Mat telah menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited dalam memastikan sumber makanan negara sentiasa mencukupi untuk kegunaan rakyat, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Langkah-langkah strategik sedang diambil bagi menjamin kestabilan bekalan makanan serta mengelakkan sebarang gangguan terhadap rantaian bekalan.
Selain itu, kementerian juga terus berusaha untuk menarik minat lebih ramai anak muda, terutamanya dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera, untuk berkecimpung dalam sektor pertanian. Usaha ini bertujuan melahirkan generasi pelapis yang mampu menjadi penggerak utama industri pertanian negara serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Kementerian yakin bahawa dengan penyertaan aktif golongan muda dan sokongan berterusan daripada kerajaan, sektor pertanian negara akan terus berkembang maju serta mampu memenuhi keperluan rakyat secara berterusan.-Mesyuarat Jemaah Menteri: Komitmen Kestabilan Bekalan Makanan, Galak Belia Ceburi PertanianMesyuarat Jemaah Menteri: Komitmen Kestabilan Bekalan Makanan & Galakan Belia dalam Pertanian