Mesyuarat KPKM: Kerajaan Perkukuh Rantaian Bekalan Makanan dan Penggunaan Teknologi Moden
- Reqa Qreatif
- Feb 21
- 1 min read
Bang Mat mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Bil.1/2025 yang berlangsung di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.
Fokus mesyuarat kali ini adalah memperkukuhkan keterjaminan makanan negara melalui strategi jangka pendek dan panjang, selain mengkaji keberkesanan dasar serta program sedia ada. Dua aspek utama yang akan diberikan perhatian khusus tahun 2025 ini adalah reformasi industri padi dan beras serta peningkatan produktiviti industri ruminan.
Antara isu utama yang dibincangkan termasuk pengukuhan rantaian bekalan makanan, penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian, serta sokongan kepada petani, penternak dan nelayan dalam meningkatkan hasil serta pendapatan mereka.
Kerjasama erat antara semua agensi di bawah kementerian amat penting dalam merealisasikan matlamat ini. Bang Mat turut menggariskan kepentingan inovasi dan pendigitalan dalam sektor pertanian sebagai langkah ke hadapan dalam memastikan industri ini terus berdaya saing dan mampan.
Kerajaan akan terus komited memastikan sektor pertanian negara berkembang dengan pesat dan mampu menjamin kecukupan makanan untuk rakyat. Langkah-langkah proaktif akan terus diambil untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh industri pertanian serta memastikan kesejahteraan golongan yang bergantung kepada sektor ini.-Mesyuarat KPKM: Memperkukuh Keterjaminan Makanan dan Transformasi Pertanian