NAFAS perlu bebas daripada sebarang bentuk salah guna kuasa - Bang Mat
- Reqa Qreatif
- Nov 25, 2024
- 1 min read
Hadir dalam sesi "Breakfast With Minister", Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Ahli-Ahli Parlimen dan senator pagi ini di Bangunan Parlimen. Sesi ini bertujuan memberi penerangan terperinci mengenai isu-isu penting yang melibatkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), khususnya berhubung penggantungan NAFAS.
Pendaftar menjelaskan secara terperinci latar belakang dan perkembangan terkini berkaitan NAFAS, termasuk langkah-langkah yang sedang diambil oleh pihak pendaftar untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pengurusan NAFAS.
Bang Mat mahu memastikan pengurusan NAFAS bebas daripada sebarang bentuk salah guna kuasa atau campur tangan yang tidak beretika. Langkah-langkah yang diambil ini adalah demi kepentingan seluruh warga peladang bagi memastikan sektor pertanian negara terus maju dan stabil.
Sesi pagi ini turut membuka ruang kepada para peserta untuk bertanya soalan dan memberi pandangan berkenaan isu yang dibincangkan. Pendekatan ini mencerminkan usaha kementerian untuk melibatkan pemimpin rakyat dalam membuat keputusan yang telus dan berpandangan jauh.