top of page

Pasaran China Terbuka: Peluang Baharu untuk Industri Kelapa Malaysia

  • Reqa Qreatif
  • Apr 9
  • 1 min read


Pagi ini Bang Mat telah menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Antara agenda mesyuarat hari ini adalah berkaitan dengan Protokol Keperluan Fitosanitari bagi Pengeksportan Kelapa Segar dari Malaysia ke Republik Rakyat China. Perbincangan ini merupakan satu langkah penting ke arah memperkukuhkan hubungan perdagangan agrikultur antara Malaysia dan China.


Usaha ini juga membuka ruang pasaran yang lebih luas kepada para pekebun dan pengusaha industri kelapa tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa, khususnya ke Republik Rakyat China.


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus komited dalam meneroka pasaran baharu serta mempertingkatkan daya saing produk pertanian negara di peringkat global.-Pasaran China Terbuka: Peluang Baharu untuk Industri Kelapa Malaysia

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page