Pendekatan ‘Politik Kesederhanaan’ asas kesejahteraan negara
- Reqa Qreatif
- Apr 18, 2024
- 1 min read
Menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia petang ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.
Antara inti pati Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia adalah:
1. Mesyuarat memandang serius tindakan sesetengah pihak yang memainkan sentimen rakyat sehingga meningkatkan suhu perkauman dan keagamaan yang mampu mengancam keharmonian negara dan kerukunan masyarakat pelbagai kaum.
2. Mesyuarat sepakat agar Kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
3. Semua parti Kerajaan Perpaduan Malaysia bersepakat akan terus mempertahankan orientasi dan pendekatan ‘Politik Kesederhanaan’ sebagai asas kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum.
4. Dengan pendekatan kesederhanaan bagi menjamin kestabilan, Kerajaan Perpaduan akan dapat memberikan tumpuan terhadap dasar-dasar yang boleh mensejahterakan rakyat terutamanya bagi menangani kos sara hidup, menjamin peluang-peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi negara.
5. Mesyuarat juga turut membincangkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.06 Kuala Kubu Bharu. Mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi bagi menamakan calon yang akan mewakili parti-parti Kerajaan Perpaduan.
6. Penyelarasan dan penyeragaman gerakkerja jentera Pilihan Raya Kecil, parti-parti Kerajaan Perpaduan Malaysia akan dipengerusikan bersama oleh YB Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan YB Tuan Steven Sim.