Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) terima 12 buah trak bantu petani
- Reqa Qreatif
- Oct 15, 2024
- 1 min read
Petang ini Bang Mat telah menyerahkan replika kunci 12 buah cold truck dan wooden truck kepada wakil Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara dalam satu majlis yang diadakan di Menara Pertubuhan Peladang.
Peruntukan sebanyak RM2.7 juta ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam menyokong sektor pertanian negara. Cold truck dan wooden truck yang diserahkan ini direka khas untuk meningkatkan kecekapan logistik dan penyimpanan hasil pertanian, seterusnya membantu para petani dalam memastikan kualiti produk terjaga sehingga sampai ke tangan pengguna.
Dalam ucapan tadi, Bang Mat menekankan betapa pentingnya peranan PPK dalam memartabatkan industri pertanian negara. Pihak Kementerian komited untuk menyediakan sokongan yang berterusan kepada para petani melalui penyediaan infrastruktur yang diperlukan. Dengan adanya cold truck dan wooden truck ini, diharap para petani dapat mengoptimumkan hasil mereka dan meningkatkan daya saing di pasaran.
Bang Mat menyeru semua pihak untuk terus berganding bahu dalam usaha memajukan pertanian, memastikan pertanian negara sentiasa berkembang dan mampu bersaing di peringkat global.