Peruntukan RM3juta untuk “Periuk Nasi Selatan”
- Reqa Qreatif
- Feb 5, 2024
- 1 min read






Hari ini saya dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melawat tapak Projek Penanaman Padi di kawasan Sawah Ring, Tangkak, Johor Darul Takzim.
Bagi tahun 2024 saya telah mengarahkan KPKM untuk memberi fokus kepada pengukuhan empat industri iaitu padi dan beras, ayam dan telur, bawang dan nanas.
Harus diakui bahawa dalam hal makanan ruji rakyat iaitu beras, negara kita masih lagi bergantung pada beras putih import kerana kita hanya mampu mengeluarkan 62.6% beras putih tempatan.
Kerajaan memandang serius perkara ini dan mula melaksanakan beberapa langkah drastik melalui PINTAR. Perubahan ini kita gelarkan sebagai “Gelombang Padi”.
Bagi menghargai komitmen Kerajaan Johor meningkatkan lagi produktiviti hasil padi di negeri ini, KPKM akan menyalurkan peruntukan sejumlah RM3 juta dalam masa terdekat ini melalui salah satu usaha strategik di bawah PINTAR yang kita panggil Pelan Pembangunan Industri Padi dan Beras iaitu “Periuk Nasi Selatan”.
Saya dan KPKM sentiasa terbuka dan amat mengalu-alukan apa jua cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri mahupun mana-mana pihak termasuklah Jabatan, Agensi dan pihak swasta yang mahu bersama-sama mengangkat agenda keterjaminan negara ke tahap yang lebih tinggi demi kepentingan petani, penternak dan juga pesawah secara khususnya.