top of page

PMQT: RM1 Bilion untuk MADA, Komitmen Perkukuh Sektor Pertanian & Jamin Keterjaminan Makanan

  • Reqa Qreatif
  • Feb 5
  • 1 min read


Bang Mat menghadiri sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, yang menyaksikan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, menjawab soalan berkaitan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Antara yang disentuh oleh beliau ialah berkaitan kelulusan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada MADA bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi negara. Langkah ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi sektor pertanian tempatan dan memastikan keterjaminan bekalan makanan negara.


YAB Perdana Menteri turut menekankan kepentingan keseimbangan dalam membuat keputusan, terutamanya yang melibatkan kepentingan kedua-dua pihak, iaitu pesawah dan pengguna. Beliau mahu memastikan bahawa setiap keputusan yang dibuat adil dan memberi manfaat kepada semua pihak. Penjelasan lanjut mengenai harga lantai belian padi serta tambahan subsidi akan diumumkan minggu hadapan. Insya-Allah, Bang Mat akan memberikan maklumat terperinci mengenai perkara ini.


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa berkomitmen untuk terus bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, swasta, dan petani, dalam usaha memperkukuh sektor pertanian negara. Langkah-langkah strategik ini diharapkan dapat meningkatkan daya saing sektor pertanian, seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.-PMQT: RM1 Bilion untuk MADA, Komitmen Perkukuh Sektor Pertanian & Jamin Keterjam

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page