top of page

PRK Ayer Kuning: BN Tampil Dengan Calon Berwibawa dan Berpengalaman

  • Reqa Qreatif
  • Apr 8
  • 1 min read


Bang Mat hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera serta Pengumuman Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning, yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Hj. Tahir, Temoh, Perak.


Bang Mat amat teruja melihat kehadiran begitu ramai jentera BN yang penuh semangat dan komited. Kehadiran ini jelas menunjukkan sokongan padu serta memberi isyarat positif bahawa BN berpeluang cerah untuk memenangi kerusi DUN Ayer Kuning.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Ustaz Yusri Bakir, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, atas pemilihan beliau sebagai calon mewakili BN untuk PRK ini yang dijadualkan berlangsung pada 26 April 2025.



Dengan sokongan padu serta kerjasama erat daripada semua parti komponan dalam Kerajaan Perpaduan, Bang Mat yakin calon BN ini mampu mencapai kemenangan. Insya-Allah.-PRK Ayer Kuning: BN Tampil Dengan Calon Berwibawa dan Berpengalaman

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page