Program Jualan Agro Madani Pokok Sena, Pulau Pinang
- Reqa Qreatif
- Sep 20, 2023
- 1 min read
Hadir ke Peladang Outlet PPK Pokok Sena, Pulau Pinang bersempena dengan Program Jualan Agro Madani. Hari ini pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah melakukan intervensi penjualan Beras Putih Tempatan (BPT) pada harga kawalan RM2.60/kg bagi penduduk di sekitar Pokok Sena, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang.
Saya menggesa seluruh rakyat untuk bersama-sama dengan saya menyelesaikan isu ini dengan melaporkan kepada pejabat saya dengan segera sekiranya ada apa-apa isu berkaitan gangguan bekalan beras di tempat masing-masing.
Isu beras ini adalah isu nasional dan kita perlu bersama-sama untuk memastikan bekalan BPT ini ada dan mencukupi untuk kegunaan semua rakyat.