top of page

Santuni masyarakat Tionghua di Kota Raja, peluang memperkukuh perpaduan antara satu sama lain - Bang Mat

  • Reqa Qreatif
  • Jan 20
  • 1 min read









Hari ini, Bang Mat turun ke Parlimen Kota Raja menyantuni masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba. Bang Mat turut mengedarkan buah limau sebagai simbolik kemakmuran dan keberkatan tahun baru.


Ketika mengedarkan buah limau tadi, Bang Mat juga sempat bertegur sapa dengan YB Xavier, bekas Menteri dan bekas ADUN Andalas yang kebetulan turut ada di lokasi. Bang Mat juga meluangkan masa beramah mesra dengan masyarakat setempat.


Tahun Baharu Cina bukan sahaja perayaan untuk kaum Tionghua tetapi juga satu peluang untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk saling memahami dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.


Bang Mat berharap agar masyarakat Tionghua dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan dan kesejahteraan, sambil terus memelihara keharmonian yang menjadi tunjang negara kita.

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page