Setinggi Penghargaan buat Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli atas Khidmat Bakti di MADA
- Reqa Qreatif
- Mar 3
- 1 min read
Bang Mat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli, atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Sumbangan beliau dalam memajukan sektor pertanian, khususnya dalam memperkukuh industri padi dan kesejahteraan pesawah, amat dihargai.
Bagi pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Bang Mat mengucapkan terima kasih atas segala usaha dan bakti yang telah dicurahkan. Semoga jasa beliau terus dikenang, dan pengalaman serta kepakaran beliau dapat terus memberi manfaat kepada sektor pertanian negara.
Selamat bersara dan semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik serta kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.-Setinggi Penghargaan buat Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli atas Khidmat Bakti di MADA