top of page

Tahun Baharu Cina, platform penting memperkukuhkan persefahaman antara kaum

  • Reqa Qreatif
  • Jan 23
  • 1 min read

Updated: Jan 28


Tahun Baharu Cina

Malam ini, Bang Mat bersama Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Amirudin Shari, menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Komuniti Cina @ Kota Raja yang berlangsung di Dewan Emperor King, Klang.


Majlis ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan bersama komuniti setempat, terutamanya menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba. Bang Mat menzahirkan penghargaan atas sumbangan besar masyarakat Cina di Kota Raja dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial.


Salah satu perkara utama yang ditekankan adalah kepentingan memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum. Perpaduan ini perlu terus dijaga bagi membentuk sebuah komuniti yang lebih maju dan sejahtera.


Selain mengeratkan ikatan silaturahim, majlis makan malam ini adalah platform penting untuk memperkukuhkan persefahaman antara kaum, sekaligus menyumbang ke arah usaha membina masa depan yang lebih harmoni dan inklusif. / Tahun Baharu Cina

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page