Ziarah Mangsa Letupan Paip Gas: Komitmen Berterusan Bantu Komuniti Terjejas
- Reqa Qreatif
- Apr 10
- 1 min read
Bang Mat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kelapangan untuk menunaikan solat Isya’ secara berjemaah bersama masyarakat setempat di Masjid Putra Heights malam ini.
Selepas solat, Bang Mat berkesempatan menziarahi mangsa-mangsa tragedi letupan saluran paip gas yang kini ditempatkan sementara di Pusat Putra Harmoni. Kejadian malang yang berlaku baru-baru ini sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam, bukan sahaja kepada mangsa, bahkan kepada seluruh komuniti.
Kementerian serta agensi-agensi berkaitan akan terus memantau keadaan dan memastikan segala bentuk bantuan disalurkan dengan segera dan berkesan.
Terima kasih kepada semua anggota penyelamat, petugas kesihatan, dan sukarelawan yang bertungkus lumus membantu sejak hari pertama kejadian.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar semua mangsa diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan mereka oleh Allah SWT.-Ziarah Mangsa Letupan Paip Gas: Komitmen Berterusan Bantu Komuniti Terjejas